Kursus Pengurusan Perkhidmatan Bab Cuti Dan Elaun Bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Johor Bil.4/2014 BPI, KPM

0 Ulasan
z
Sektor
:
Sektor Khidmat Pengurusan
Unit
:
Unit Perkhidmatan 1
Tarikh Mula
:
17 November 2014
Tarikh Tamat
:
20 November 2014
Tempat
:
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Johor
Pengenalan
:
1) Bengkel ini diadakan bagi memberi penerangan kepada Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir sekolah mengenai Pengurusan Perkhidmatan Berkaitan Cuti dan Elaun
Objektif
:
1) Memastikan supaya Pembantu Tadbir sekolah   perlu mematuhi  peraturan dan pekeliling semasa yang diguna pakai dalam pengurusan cuti dan elaun.
Pelaksanaan
:
1) Bengkel berlangsung selama 4 hari 3 malam yang melibatkan  seramai 28 Pembantu Tadbir (PT) SABK Johor dan seorang  peserta daripada BPI yang mengendalikan urusan berkaitan cuti dan elaun.
2) Dua Penceramah jemputan daripada BPSM  memberi penerangan mengenai  Pengurusan Cuti dan Elaun bagi memberi pengetahuan kepada  PT sekolah iaitu Puan Rokiah binti Md.Top( Bab Cuti) dan Puan Zaleha binti Baba (Bab Elaun). Disamping itu juga diselitkan satu slot oleh  Cik Mas Ayu binti Johari , dari Unit Akaun, BPI mengenai Akaun Belum Terima  (ABT).
3) Di dalam Kursus tersebut Pencermah telah memberi tugasan kepada PT sekolah melalui  aktiviti berkumpulan dengan membuat perbentangan berkaitan cuti dan elaun.
Impak
:
1) PT sekolah telah diberi  khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari segi pengurusan cuti dan elaun yang betul dan tetap.
2) Sepanjang tempoh kursus berlangsung, BPI dapat mengenalpasti  sekolah yang mempunyai masalah dari segi cuti dan elaun melalui soalan yang diajukan kepada penceramah berkaitan masalah-masalah yang berlaku kepada guru dan AKP di sekolah masing-masing.
Ulasan
:
Dengan adanya kursus ini, KPT sekolah dapat banyak pendedahan berkaitan cuti dan elaun memandangkan sebelum ini bagi setiap kursus hanya PT sekolah sahaja yang dijemput untuk hadir.
Gambar 1
:
Gambar 2
:
Gambar 3
:
Gambar 4
:
Gambar 5
:
Gambar 6
:


Catat Ulasan

Terkini di SOPI