Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah KPM Peringkat Kebangsaan Kali ke-6 dan Jemputan Nusantara 2013

0 Ulasan
Sektor
:
 SKSA
Unit
:
 Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid
Tarikh Mula
:
 6 April 2013
Tarikh Tamat
:
 10 April 2013
Tempat
:
 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, N. Sembilan
Latar
Belakang
:
Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah KPM Peringkat Kebangsaan Kali ke-6 dan Jemputan Nusantara 2013 telah diadakan di USIM, Nilai, N. Sembilan. Program ini adalah kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, KPM dengan pihak USIM. Penyertaan adalah daripada 50 buah pasukan sekolah yang terdiri daripada SMKA, SABK, KAA dan SBP. Sistem pertandingan adalah berbentuk Power Match yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Hakim-hakim pertandingan terdiri daripada guru sekolah, pensyarah USIM dan pegawai BPI. Penyertaan Debat ini juga dibuka kepada Negara-negara Asean buat kali yang kedua pada tahun 2013 yang terdiri daripada Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Objektif
:
Objektif program adalah:
1. Menyemarakkan penggunaan Bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah
2. Melatih pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab dengan lebih berkeyakinan.
3. Sebagai satu nilai tambah kepada pelajar dalam penguasaan bahasa asing.
4. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.
Pelaksanaan
:
 Pelaksanaan:
1. Mengadakan mesyuarat membentangkan Kertas Makluman Debat Bahasa Arab bersama JK Induk BPI dan pihak USIM.
2. Mengadakan mesyuarat bersama AJK pelaksana BPI dan pihak USIM
3. Mengadakan mesyuarat penyelarasan program.
Impak
:
1. Pelajar telah mendapat pendedahan tentang teknik dan sisitem perdebatan ala Parlimen
2. Pelajar telah diberi peluang mengeluarkan pendapat secara spontan dan berhujah dengan memberi pandangan bernas dalam isu-isu tertentu.
3. Perluasan pertandingan ini kepada Negara-negara Asean telah memberi ruang kepada pasukan Jemputan Nusantara khususnya peserta Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Ulasan
:
Mesyuarat Post Mortem pertandingan ini telah diadakan pada 29 April 2013 di USIM yang dihadiri oleh Jawatan Kuasa Pelaksana BPI dan USIM.
Gambar 1
:


Gambar 2
:

Gambar 3
:

Gambar 4
:

Gambar 5
:

Gambar 6
:



Catat Ulasan

Terkini di SOPI