Program Hijrah Kasih II, Sekolah Integriti Tahun 2013

0 Ulasan
Sektor
:
 Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Unit
:
 Unit Akhlak dan Nilai Murni
Tarikh Mula
:
 24 September 2013
Tarikh Tamat
:
 27 September 2013
Tempat
:
 Sekolah Integriti Penjara Sg. Petani
Latar
Belakang
:
1) Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Hijrah Kasih II pada tahun ini setelah mendapat respon yang positif daripada program Hijrah Kasih yang pernah diadakan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka pada 17-19 Oktober 2011.
2) Kerjasama yang dibuat antara Jabatan Penjara Malaysia ini merupakan satu usaha ke arah memberi peluang kepada semua banduan muda di Sekolah Integriti melibatkan diri dalam aktiviti luar dalam membentuk keyakinan diri mereka agar mempunyai kesedaran diri untuk berubah.

Objektif
:
   1.    Memperkukuhkan akidah, penghayatan nilai-nilai Islam/murni, asas-asas syariat dan hukum agama para pelajar Sekolah Integriti.
   2.    Menzahirkan  semangat persaudaraan dan kerjasama di kalangan warga KPM dan juga warga Jabatan Penjara Malaysia.
   3.    Memberi peluang kepada warga KPM mendekati kehidupan sebenar murid-murid di sekolah integriti.
   4.    Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni, kasih sayang, bekerjasama dikalangan para pelajar. 
   5.    Menimbulkan rasa keyakinan diri dan semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik dan positif dalam diri setiap pelajar Sekolah Integriti.
Pelaksanaan
:
 Penglibatan Timbalan Pengarah PDSI dan semua pegawai SPASI PDSI dengan kerjasama JU Negeri Selangor.
Impak
:
Berdasarkan dapatan daripada Borang Penilaian Program, program ini dilihat dapat melahirkan minat mendalam dalam diri setiap pelajar Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani untuk belajar dan berubah demi masa depan mereka.
Ulasan
:
Gambar 1
:

Gambar 2
:

Gambar 3
:

Gambar 4
:

Gambar 5
:

Gambar 6
:



Catat Ulasan

Terkini di SOPI