Hari Inovasi BPI 2013

0 Ulasan
Sektor
:
 SOPI
Unit
:
 Unit Kualiti dan Inovasi
Tarikh Mula
:
 10/12/2013
Tarikh Tamat
:
Tempat
:
 Bilik Jamuan Melor, Aras G Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya
Latar
Belakang
:
Hari Inovasi BPI dilaksanakan bagi memberikan pengiktirafan kepada semua warga BPI yang sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti kerja dengan mewujudkan pelbagai inovasi baru. Ia juga bagi menghargai warga kerja BPI yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka. 
Objektif
:
1) Supaya komitmen dan dedikasi warga BPI kepada usaha-usaha ke arah peningkatan inovasi dan kualiti dapat direalisasikan melalui pengiktirafan dan penganugerahan
2) Untuk menilai, bermuhasabah dan meneliti prestasi kerja dalam kalangan warga BPI ke arah peningkatan kualiti, personaliti unggul dan imej baik BPI
3) Dapat menilai peningkatan dan ketekalan budaya kerja berkumpulan yang berteraskan kualiti dan inovasi dalam kalangan warga BPI
Pelaksanaan
:
Hari Inovasi BPI 2013 dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ceramah bertajuk Quality Tools yang disampaikan oleh penceramah daripada INTAN. Pada sesi sebelah petang pula berlangsung acara perasmian penutup serta penyampaian anugerah yang disempurkan oleh Dato' Haji Sufaat bin Tumin, Timb. Ketua Pengarah Pelajaran (SOP) KPM. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua-ketua Sektor, SPI Jabatan Pelajaran Negeri.

Berikut adalah kategori anugerah yang diberikan :

  • ·  Pengiktirafan Semua Warga BPI
  • ·  Pengiktirafan Penerima LPNT Terbilang BPI KPM 2012
  • ·  Pengiktirafan Penerima APC 2012
  • ·  Anugerah Minda Intelek
  • ·  Anugerah Tinta Emas
  • ·  Anugerah Daie Mithali
  • ·  Anugerah Jaguh Dinamik
  • ·  Anugerah Ikon Ummah
  • ·  Anugerah Fail Meja Terbilang
  • ·  Anugerah SPL Terbilang
  • ·  Anugerah Inovator Terbilang
  • ·  Anugerah BPR Terbilang
  • ·  Anugerah 5S Terbilang
  • ·  Anugerah Personaliti BPI Paling Kompeten
  • ·  Anugerah Personaliti BPI Paling Popular
  • ·  Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah (PDSI)
  • ·  Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah (PIPA)
  • ·  Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah (PPI)
  • ·  Anugerah Inovasi Pengarah BPI 
Impak
:
Ulasan
:
Gambar 1
:
Gambar 2
:
 
Gambar 3
:
 
Gambar 4
:
 
Gambar 5
:
 
Gambar 6
:


Catat Ulasan

Terkini di SOPI