Majlis Menandatangani MoU Pendaftaran Maahad Tahfiz Al-Quran BAKIP, sebagai SABK.

0 Ulasan
Sektor
:
 Sektor Kemajuan Sekolah Agama
Unit
:
 Unit Pengurusan Sekolah
Tarikh Mula
:
 14 April 2014
Tarikh Tamat
:
 14 April 2014
Tempat
:
 Ma'ahad Tahfiz Al-Quran & Akademik BAKIP Bandar Meru Raya Ipoh Perak
Pengenalan
:
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah salah satu proses pendaftaran SAR &SAN sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jemaah Pengurusan Sekolah Ma'ahad Tahfiz Al-Quran & Akademik BAKIP Bandar Meru Raya Ipoh Perak dan KPM telah bersetuju dengan MoU bagi mendaftarkan sekolah berkenaan sebagai SABK.
Objektif
:
1) Mendaftarkan sekolah sebagai SABK.
2)
3)
Pelaksanaan
:
 Majlis menandatangani MoU Pendaftaran  Ma'ahad Tahfiz Al-Quran & Akademik BAKIP Bandar Meru Raya Ipoh Perak sebagai SABK telah dilaksanakan di sekolah berkenaan pada 14 April 2014 (Isnin) jam 2 petang. Majlis berkenaan pihak Jemaah Pengurusan Sekolah menandatangni MoU yang di wakilil oleh pengerusinya Dato' Hj. Zainal Abidin bin Abdul Kadir dan di saksikan oleh Dr. Aminuddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif majlis Agama Islam Negeri Perak. Pihak KPM turut hadir yang diwakili oleh Ustaz Wan Ramdzan Wan Mamat, Timbalan Pengarah PIPA BPI KPM, Ustazah Farhana Abd Rashid, KU Pengurusan Sekolah BPI, Ustaz Shamsul Arifin Arshad PP Pengurusan Sekolah BPI, Ustazah Salmiah Sabran Ketua Sektor SPI JPN Perak dan lain-lain pegawai SPI Perak. MoU berkenaan akan ditandatangni oleh YBhg. Datuk Dr. Madinah bt Mohamad, Ketua Setiausaha KPM dan disaksikan oleh YBhg. haji Abdullah bin Md. Din Pengarah BPI pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. MoU tersebut berkuatkuasa setelah YBhg. Datuk Dr. KSU menandatangni MoU tersebut.
Impak
:
Pendaftaran sekolah berkenaan menjadikan bilangan sekolah SABK seluruh negara berjumlah 204 buah sekolah.
Ulasan
:
Majlis MoU berkenaan berjalan lancar dan meriah. Semua warga sekolah menyambut kehadiran wakil KPM dan lain-lain tetamu kehormat dari negeri Perak termasuk Yang Berhormat ADUN Meru Perak
Gambar 1
:
Gambar 2
:
Gambar 3
:
Gambar 4
:
Gambar 5
:
Gambar 6
:


Catat Ulasan

Arkib Blog

Terkini di SOPI