Penilaian Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (AKSMKA) 2014

0 Ulasan
Sektor
:
 Sektor Kemajuan Sekolah Agama
Unit
:
 Unit Pengurusan Sekolah
Tarikh Mula
:
 14 September 2014
Tarikh Tamat
:
 19 September 2014
Tempat
:
 SMKA Segamat
Pengenalan
:
LATAR BELAKANG
1. Program AKSMKA mula diperkenalkan pada tahun 2002 sempena Majlis
Sambutan Jubli Perak SMKA. Buat permulaannya penganugerahan hanya
melibatkan dua bidang kecemerlangan, iaitu kurikulum dan kokurikulum. Mulai tahun 2006 penganugerahan ini melibatkan sepuluh bidang kecemerlangan iaitu, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan asrama, iklim sekolah, pentadbiran dan pengurusan, bimbingan dan kaunseling, kebajikan, pengiktirafan dan perhubungan dan dokumentasi. Program ini diteruskan sehingga tahun 2009. Walau bagaimanapun, program ini tidak dilaksanakan pada tahun 2010 hingga 2013 atas kekangan kewangan.

2. Mesyuarat Pengetua-Pengetua SMKA Bersama BPI Bil. 1 2013 pada 13
hingga 15 Mei 2013 di Selesa Beach Resort Port Dickson mencadangkan supaya AKSMKA dilaksanakan semula bagi membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

3. Mesyuarat Pengurusan BPI Bil. 80/2013 pada 27 Mei 2013 memutuskan
supaya AKSMKA dilaksanakan semula bagi membantu SMKA mencapai
kecemerlangan yang mana hari ini dilihat semakin malap berbanding
pencapaian SABK.

4. Bengkel membincangkan pelaksanaan AKSMKA 2014 telah dibuat
bersama beberapa pengetua SMKA termasuk pengetua cemerlang, beberapa
orang ketua Unit IPA di SMKA Putrajaya pada 6 Februari 2014.
Objektif
:
1. Mengenalpasti sekolah-sekolah yang terbaik dalam kalangan SMKA
dalam bidang-bidang yang dinilai
2. Menimbulkan persaingan sihat dalam kalangan SMKA
3. Membantu SMKA dalam mengurus kecemerlangan sekolah
Pelaksanaan
:
1. Anugerah ini terbuka kepada semua SMKA seluruh Malaysia.

2. Kaedah Penilaian akan dibuat seperti berikut :
a. Sekolah membuat penilaian kendiri menggunakan instrumen (SKPM
2010, SUMUR, Akademik, HEM, Kokurikulum, KKQ dan Bahasa Arab)
b. Jawatankuasa AKSMKA Peringkat Negeri akan mengumpul dan
menilai semua SMKA di negeri masing-masing. Anugerah
Pengurusan & Pentadbiran, Anugerah Akademik, Anugerah HEM
dan Kokurikulum menggunakan instrumen SKPM 2010. Sementara
bagi kategori SUMUR, KKQ dan Bahasa Arab menggunakan
instrumen yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI).
c. Jawatankuasa AKSMKA Peringkat Negeri akan membuat pemilihan

3 SMKA terbaik mengikut kategori dan menghantar keputusannya
kepada Jawatankuasa AKSMKA Pusat .
d. Jawatankuasa AKSMKA Pusat akan memilih 3 sekolah yang terbaik
mengikut kategori untuk dinilai bagi menentukan tempat pertama,
kedua dan ketiga. Keputusan Jawatankuasa AKSMKA adalah
muktamad.
e. Jawatankuasa AKSMKA Peringkat Negeri dan Jawatankuasa
AKSMKA Pusat adalah pegawai yang dilantik tetap untuk menilai
bagi setiap kategori. Jawatankuasa AKSMKA Peringkat Negeri
seramai 5 orang dan Jawatankuasa AKSMKA Pusat seramai 14
orang.

Impak
:
Peserta AKSMKA  merebut peluang sepanjang program ini untuk meningkatkan kemampuan diri, bertukar fikiran mencari idea dan pemikiran baharu bagi mengangkat prestasi sekolah masing-masing.
Ulasan
:
 "Sebagai pemimpin di sekolah gunalah peluang yang ada untuk membimbing guru. Jadilah pencetus kepada perubahan, bantu mereka untuk lebih yakin dan cemerlang, bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan demi masa depan anak bangsa dan agama," (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin- pada hari Anugerah AKSMKA di Multaqa Pengetua dan Guru Besar Institusi Pendidikan Agama KPM)
Gambar 1
:
Pegawai pemantau dari BPI, JPN dan PPD serta Pengetua SMKA Segamat
Gambar 2
:
Piala pusingan untuk murid
Gambar 3
:
Hasil kerja murid menerbitkan majalah
Fail-fail dipamerkan di bilik fail
Gambar 4
:
Lawatan ke Pondok SUMUR
Gambar 5
:
Banner Majlis Pelancaran Sumur
Gambar 6
:
Sesi pembentangan sistem pengiraan markah SUMUR


Catat Ulasan

Terkini di SOPI