Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Institusi Pendidikan Agama (IPA) KPM 2014

0 Ulasan
Sektor
:
 SEKTOR KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA
Unit
:
HAL EHWAL MURID 
Tarikh Mula
:
 30 OKTOBER 2014

Tarikh Tamat
:
2 NOVEMBER 2014 
Tempat
:
 PUSAT KOKURIKULUM KEM TASOH, PERLIS
Pengenalan
:
 
Bahagian Pendidikan Islam (BPI)  menjadikan Perkhemahan KRS IPA KPM sebagai aktiviti tahunan berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Naik Taraf Kemudahan Sukan bersama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) pada 28 Januari 2010. Mesyuarat berkenaan memutuskan bahawa bahagian lain di KPM boleh melaksanakan aktiviti atau program sukan dan kokurikulumnya sendiri tetapi hendaklah mendapat perakuan daripada BSSK. Ini bagi membolehkan penyertaan pelajar diambil kira dalam penilaian 10 peratus markah kokurikulum peringkat kebangsaan.

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 5 dicadangkan pada  30 Oktober – 2 Nov 2014 di Pusat Kokurikulum Kem Tasoh, Jabatan Pendidikan Perlis, Batu 12, Jalan Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis Indera Kayangan.
Objektif
:

1. Memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kegiatan dalam pasukan  badan beruniform.

2. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.

3. Melahirkan insan yang bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada Negara.
Pelaksanaan
:
1. Pertandingan antara negeri :

                                          i.    Kawad kaki (L&P)

                                        ii.    Orienteering Berilmu (L&P)

                                       iii.    Ikhtiar Hidup(L&P)

                                       iv.    Kebudayaan Islam (L)

                                        v.    Kraf Perkhemahan (P)

                                       vi.    Jerat (L&P)

                                      vii.    Bantu Mula (L&P)

2. Integrasi :

                 i.  Tracking

                ii.  Ikatan

                iii. Paintball

                iv.Tempur Tanpa Senjata (TTS)
3. Lawatan dan Rekreasi
Impak
:

1. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2. Mencungkil dan mengembangkan bakat kepemimpinan murid.

3. Menyemai budaya ilmu dalam aktiviti kokurikulum.

Ulasan
:
 Penyertaan Sabah dan Sarawak pada kali ini telah memeriahkan lagi Perkhemahan KRS 2014 dan semoga berterusan serta penyertaan sepenuhnya daripada mereka semakin bertambah.
Gambar 1
:

 Tabik Hormat Malis Perasmian Penutup


Gambar 2
:
Majlis Perasmian Penutup 
Gambar 3
:
 Kawad Kaki
Gambar 4
:
 Orienteering Berilmu
Gambar 5
:
 Ikhtiar Hidup
Gambar 6
:
 Bantu Mula


Catat Ulasan

Terkini di SOPI