Kursus Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan SABK 2013

0 Ulasan
Sektor
:
Sektor Khidmat Pengurusan
Unit
:
Unit Kewangan
Tarikh Mula
:
 21 Oktober 2013

Tarikh Tamat
:
 24 Oktober 2013
Tempat
:
 TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor
Latar
Belakang
:
 Berdasarkan Laporan Audit Tahunan 2011, daripada 159 buah SABK yang diaudit, sebanyak 29 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Bahagian Pendidikan Islam telah menerima Sijil Audit Berteguran dan 1 SABK menerima Laporan Audit Tanpa Pendapat.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan tahap pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah diuruskan secara cekap dan teratur, pendedahan aspek pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah perlu diberikan kepada Pengurus Sekolah dan Pembantu Tadbir untuk meningkatkan pengetahuan kewangan sekaligus meningkatkan bilangan SABK yang mendapat Sijil Audit Tanpa Teguran pada tahun – tahun berikutnya.
Objektif
:
1) Memastikan pengurusan kewangan dan akaun sekolah diuruskan mengikut peraturan, Surat Pekeliling Kewangan dan Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa;
2) Memastikan tahap kecekapan, akauntabiliti dan kompetensi Pembantu Tadbir dalam mengendalikan urusan berkaitan kewangan dan akaun sekolah bagi mengelakkan sekolah menerima Sijil Audit Berteguran; dan
3) Mengenalpasti isu-isu berkaitan pengurusan kewangan dan akaun sekolah yang dihadapi oleh sekolah serta penambahbaikan yang boleh dicadangkan.
Pelaksanaan
:
Kursus selama 4 hari 3 malam dilaksanakan melalui sesi ceramah dan latih amal dalam bentuk kajian kes dan simulasi.

Peserta didedahkan mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan kewangan dan akaun sekolah termasuk:
-Pengurusan Geran Perkapita
-Panjar Wang Runcit
-Pengurusan Aset & Stor
-Buku Tunai
-Penyata Kewangan Tahunan Sekolah
-Perolehan & Bayaran
-Pungutan & Terimaan
-Akauntabliti dan Isu-isu Pengurusan Kewangan 
Impak
:
Pengendalian kursus secara komunikasi dua hala dan berbentuk hands-on memberikan impak positif kepada peserta di mana peserta bebas mengemukakan pertanyaan dan berkongsi pengalaman mengenai praktis pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang dilaksanakan.

Kursus ini turut mengupas mengenai teguran-teguran audit yang biasa dilakukan oleh Pembantu Tadbir sekolah serta langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dijalankan. 
Ulasan
:
Diharapkan melalui kursus ini, pengetahuan, kesedaran serta tahap pematuhan kepada prosedur kewangan dan pekeliling kewangan semasa yang berkuatkuasa dapat dipertingkatkan di kalangan para peserta. Ia seterusnya mengurangkan bilangan SABK yang mendapat Sijil Audit Berteguran pada tahun-tahun yang akan dating. 
Gambar 1
:

Gambar 2
:
Gambar 3
:
Gambar 4
:
Gambar 5
:
Gambar 6
:


Catat Ulasan

Terkini di SOPI