Bengkel Penyediaan Kew.8 SABK Johor

0 Ulasan

Sektor
:
Sektor Khidmat Pengurusan
Unit
:
Unit Perkhidmatan 1 & Unit Akaun
Tarikh Mula
:
21 Oktober 2013

Tarikh Tamat
:
25 Oktober 2013

Tempat
:
Hotel Pelangi, Muar, Johor
Latar
Belakang
:
Bengkel ini diadakan atas inisiatif bersama BPI dan Sektor Pendidikan Islam Johor bagi menyelesaikan isu pembayaran gaji terkini kepada semua pegawai dan AKP SABK Johor.  
Objektif
:
1) Memastikan 25 buah SABK Johor mendapat Pergerakan Gaji Tahun 2013 selewat-lewatnya pada Disember 2013.

2) Memastikan urusan tukar lantik di 8 buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor dapat diselesaikan dengan teratur.

3) Memastikan tiada isu terputus gaji bagi urusan tukar lantik.
Pelaksanaan
:
1) Bengkel berlangsung selama 5 hari 4 malam dan setiap Pembantu Tadbir (PT) membawa bersama peralatan bagi menyiapkan kew.8 yang akan disediakan.

2) PT BPI telah menunjukkan kepada  PT sekolah kaedah menggunakan mell-merged bagi melancarkan urusan penyediaan kew.8 dan kaedah ini ternyata berkesan kerana telah mengurangkan kadar kuiri diperingkat penyemak dan pelulus kew.8.

3) Sepanjang bengkel berlangsung, PT sekolah dapat mempelajari kesilapan-kesilapan yang seringkali berlaku setiap kali kew.8 disediakan dan bagaimana cara untuk menyusun kew.8 dengan teratur berserta dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan untuk dikemukakan ke Bahagian Akaun, KPM.

4) Terdapat 2 buah sekolah yang diwakili oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru bagi menyiapkan kew.8 kerana PT sekolah berkenaan tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

5) Bagi lantikan kontrak , setiap PT perlu menyediakan 5 set kew.8 bagi setiap individu iaitu:
 i) Kew.8 Pemindahan Gaji dalam penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) – 1 set (Asal) ;
 ii)  Kew.8 Pergerakan Gaji Tahun 2013 – 1 set (Asal);
 iii) Kew.8 Pemberian Gaji dengan amaun satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia - 2 set (Asal& Rekod); dan
 iv) Kew.8 Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2013 – 1 set (Rekod sahaja).

6) Manakala bagi urusan tukar lantik, setiap PT perlu menyediakan 4 set kew.8 bagi setiap individu iaitu:
 i) Kew.8 Tawaran pertukaran pelantikan melalui opsyen – 1 set (Asal);
 ii) Kew.8 Pemindahan Gaji dalam penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) – 1 set (Asal) ;
 iii) Kew.8 Pergerakan Gaji Tahun 2013 – 1 set (Asal); dan
 iv) Kew.8 Pemberian Gaji dengan amaun satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia - 1 set (Asal).
Impak
:
1) PT sekolah dapat mempelajari kaedah penyediaan kew.8 secara hands-on dengan merujuk kepada jenis-jenis kew.8 yang perlu disediakan.

2) Setiap kuiri dapat diselesaikan dalam tempoh yang cepat.

3) Sepanjang tempoh bengkel berlangsung, BPI dapat mengenalpasti PT sekolah yang cekap dalam penyediaan kew.8 serta PT sekolah yang perlu diberi perhatian selanjutnya.
Ulasan
:
Bengkel seumpama ini dilihat mampu untuk menyelesaikan isu penyediaan kew.8 bagi urusan pergerakan gaji dan urusan tukar lantik dilaksanakan dengan mudah dan teratur dalam tempoh masa yang ditetapkan. Penyemak dan pelulus kew.8 juga dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada sekolah yang terlibat serta dapat memberikan tunjuk ajar terhadap kuiri yang dikenalpasti.

Terdapat isu-isu yang perlu diambil perhatian seperti di bawah:

1) Sijil Gaji Akhir yang dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Johor  adalah tidak lengkap kerana tidak dinyatakan tarikh lantikan pertama . Sehubungan dengan itu, Unit Akaun SKP memerlukan kepada tambahan dokumen lain bagi memudahkan urusan semakan gaji lama. Selain itu, Sijil Gaji Akhir bagi SRAB Johor Bharu dan SRAB Batu Pahat yang dikemukakan tidak disertakan salinan ASAL. Apabila dokumen ini hanya diterima pada 22 & 23 Oktober 2013, urusan penyediaan kew.8 hanya dapat dibuat dalam tempoh 2 hari sahaja iaitu pada 24 & 25 Oktober 2013.

2) Jabatan Agama Islam Johor telah memasukkan elaun memangku di dalam Sijil Gaji Akhir Guru Besar dan Penolong Kanan SRAB sedangkan mengikut surat tawaran Guru Besar dan Penolong Kanan berkenaan telah dilantik di atas gred yang selayaknya. Sehubungan dengan itu, BPI tidak akan membayar elaun memangku kepada Guru Besar dan Penolong Kanan yang terlibat.

3) Tiada penyerahan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) bagi semua pegawai dan AKP SRAB oleh Jabatan Agama Islam Johor kerana BRP berkenaan masih belum dikemaskini sepenuhnya. Penyerahan BRP akan dibuat di pejabat BPI kelak.
4) Seorang guru daripada SRAB Johor Bharu tidak dapat dibuat urusan tukar lantik kerana masih belum menerima tawaran tukar lantik daripada pihak berkuasa melantik.

5) PT sekolah kurang mahir dalam penyediaan dokumen sokongan dan masa yang lama digunakan untuk menyusun dokumen sokongan tersebut.
Gambar 1
:

Gambar 2
:

Gambar 3
:

Gambar 4
:

Gambar 5
:

Gambar 6
:



Catat Ulasan

Terkini di SOPI