Bengkel Pengharmonian Klasifikasi Fail Urusan Fungsian KPM

0 Ulasan
Sektor
:
 Sektor Khidmat Pengurusan
Unit
:
 Unit Pentadbiran
Tarikh Mula
:
 29 Oktober 2013

Tarikh Tamat
:
31 Oktober 2013
Tempat
:
 Bilik Bunga Raya, Aras 7, Blok E14, Kompleks E, Putrajaya
Latar
Belakang
:
 Mentranformasikan pengurusan rekod kerajaan di samping membuat  persediaan dalam menguruskan rekod secara elektronik dengan menggunakan aplikasi pengurusan rekod elektronik (Electronic Records Management System [ERMS]).
Objektif
:
1) Mewujudkan keseragaman klasifikasi fail di pejabat awam.
2) Pra-syarat pelaksanaan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik.
3) Membolehkan pewujudan dan penawanan rekod secara sistematik bagi
    memenuhi keperluan pengauditan, penyiasatan dan keakuran kepada
    perundangan.
4) Memudah dan mempercepatkan pengesanan rekod untuk meningkatkan
     penyampaian perkhidmatan.
5) Membantu dalam penyediaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR).
Pelaksanaan
:
 Mengenalpasti dan mengumpulkan maklumat secara logikal ke dalam   kategori/kumpulan   yang sama atau seakan-akan sama, di mana setiap satu kategori/kumpulan rekod itu dikenali dengan identitinya sendiri.
Impak
:
 Dapat mewujudkan keseragaman dan penyelarasan dalam pengurusan rekod kerajaan yang sistematik dan berkesan di samping mempermudahkan capaian maklumat yang tepat dan cepat serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Ulasan
:
 Klasifikasi fail yang dibangunkan berdasarkan panduan ini dapat membolehkan pejabat awam akur kepada keperluan program Pengurusan rekod selaras dengan MS 2223 : Information and documentation – Records Management Part 1 (General) dan Part 2 (Guidelines) dan memenuhi sebahagian daripada pra-syarat untuk pelaksanaan penggunaan aplikasi sistem pengurusan rekod elektronik (ERMS).
Gambar 1
:

Gambar 2
:
Gambar 3
:
Gambar 4
:
Gambar 5
:
Gambar 6
:


Catat Ulasan

Terkini di SOPI