Kursus Integriti Pengurusan Kewangan Peribadi

0 Ulasan
Sektor
:
Sektor Khidmat Pengurusan
Unit
:
Unit Pentadbiran
Tarikh Mula
:
 15 Mei  2014
Tarikh Tamat
:
15 Mei  2014
Tempat
:
Bilik Jamuan, Bangunan Mustapha Kamal Cyberjaya
Pengenalan
:
Taklimat ini memberi penjelasan kepada peserta tentang latarbelakang penubuhan AKPK serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK secara percuma iaitu pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit. Penyebaran maklumat ini adalah penting untuk memastikan peserta mengetahui dan dapat mengambil manfaat daripada perkhidmatan tersebut apabila diperlukan. Taklimat ini mengambil masa lebih kurang sehari.
Objektif
:
1) Memberi bimbingan berhubungan dengan mengurangkan kadar keberhutangan serius di kalangan penjawat awam.
Pelaksanaan
:
1) Kursus berlangsung dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Sasaran sebanyak 60 orang peserta dikalangan kakitangan BPI.
2) Seorang penceramah dari AKPK Cawangan Bank Negara Malaysia dijemput memberi ceramah tersebut.
Impak
:
1) Kakitangan Awam BPI telah diberi khidmat nasihat bagaimana untuk mengelakkan keberhutangan.
2) Keberhutangan jika tidak dipantau, ia akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka.
3) Penjawat awam perlu mengelakkan diri daripada mengambil pinjaman yang besar sehingga menyusahkan mereka melunaskan bayaran balik.
Ulasan
:
Dengan adanya kursus ini, membantu Kakitangan Awam BPI mengurus kewangan peribadi secara susun dan teratur bagi mengelakkan keberhutangan yang serius.
Gambar 1
:

Gambar 2
:

Gambar 3
:

Gambar 4
:

Gambar 5
:

Gambar 6
:



Catat Ulasan

Arkib Blog

Terkini di SOPI