Mesyuarat Pelaksanaan Program Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (AKSMKA) 2014

0 Ulasan
Sektor
:
 Sektor Kemajuan Sekolah Agama
Unit
:
 Pengurusan Sekolah Agama
Tarikh Mula
:
 14 Mei 2014
Tarikh Tamat
:
 14 Mei 2014 
Tempat
:
 Bilik Mesyuarat Melor Cyberjaya Selangor
Pengenalan
:
 Program AKSMKA mula diperkenalkan pada tahun 2002 sempena Majlis Sambutan Jubli Perak SMKA. Buat permulaannya penganugerahan hanya melibatkan dua bidang kecemerlangan, iaitu kurikulum dan kokurikulum. Mulai tahun 2006 penganugerahan ini melibatkan sepuluh bidang kecemerlangan iaitu, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan asrama, iklim sekolah, pentadbiran dan pengurusan, bimbingan dan kaunseling, kebajikan, pengiktirafan dan perhubungan dan dokumentasi. Program ini diteruskan sehingga tahun 2009. Walau bagaimanapun, program ini tidak dilaksanakan pada tahun 2010 hingga 2013 atas kekangan kewangan.
Program ini akan dibuat semua dengan beberapa pengubahsuaian dan mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Pengurusan BPI Bil. 80/2013 pada 27 Mei 2013.
Objektif
:
1.      Mengenalpasti sekolah-sekolah yang terbaik dalam kalangan SMKA dalam bidang-bidang yang dinilai

2.      Menimbulkan persaingan sihat dalam kalangan SMKA


3.      Membantu SMKA dalam mengurus kecemerlangan sekolah
Pelaksanaan
:
 Mesyuarat melibat  semua Ketua Unit Institusi Pendidikan Agama SPI JPN seluruh Malaysia bersama pegawai-pegawai BPI yang terlibat sebagai Jawatankuasa Pemilih Peringkat Pusat. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang yang dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Shah Tarja@Tarjo, Ketua Sektor, Sektor Kemajuan Sekolah Agama BPI KPM.
Impak
:
Ulasan
:
Gambar 1
:

Gambar 2
:

Gambar 3
:

Gambar 4
:

Gambar 5
:

Gambar 6
:



Catat Ulasan

Arkib Blog

Terkini di SOPI