Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 dan Jemputan Nusantara 2014

0 Ulasan
Sektor
:
 Sektor Kemajuan Sekolah Agama
Unit
:
 Hal Ehwal Murid
Tarikh Mula
:
 16 Ogos 2014
Tarikh Tamat
:
 20 Ogos 2014
Tempat
:
 Universiti Sains Islam Malaysia
Pengenalan
:
Pertandingan ini merupakan program kebitaraan (niche area) BPI yang telah dianjurkan bersama USIM sejak tahun 2008 lagi . Sebanyak 46 buah sekolah menengah seluruh negara menyertainya pada tahun ini yang terdiri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terpilih.
Objektif
:
1) Menyemarakkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah sebagai persediaan mantap ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

2) Melatih dan mengasah bakat kepimpinan dan keupayaan berfikir secara kritis dan analitis di kalangan murid sekolah tentang isu-isu semasa.

3) Meningkatkan pengetahuan murid sekolah tentang isu-isu/dasar-dasar/polisi-polisi di peringkat nasional dan antarabangsa.

4) Mendedahkan murid sekolah kepada program pengajian yang hendak diceburi setelah tamat alam persekolahan sesuai dengan minat.
           
5) Mengantarabangsakan debat Bahasa Arab dengan penglibatan murid-murid sekolah dari Nusantara.
Pelaksanaan
:
- Program melibatkan 50 buah sekolah dengan 200 orang peserta, 50 guru pengiring dan hakim yang memerlukan urusetia dari USIM bagi menguruskan kebajikan peserta.

- Majlis berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 6 pusingan peringkat awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir.
Impak
:
Dengan hasrat murni untuk menyemarakkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Arab di kalangan murid sekolah menengah, penganjurannya saban tahun memperlihatkan penyertaan sekolah bersama teknik dan kualiti pendebat yang semakin cemerlang.
Ulasan
:
 “Pertandingan debat ini merupakan platform terbaik untuk melatih keupayaan para pelajar berfikir secara kritis dan analitis terhadap pelbagai isu semasa. Ini menjadikan mereka juga mampu mengusai dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan baik dan ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui program Tahfiz Model Ulul Albab yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada Julai lalu" ucap Tuan Hj Wan Ramdzan Wan Mamat.
Gambar 1
:
Pertandingan peringkat akhir Nusantara antara Pondok Modern Darussalam Gontor Putri (Indonesia) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang mewakili Malaysia. Acara penyerahan mandat sebagai Ketua Hakim Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan Kali Ketujuh 2014 di Hotel Aston Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Gambar 2
:

Para hakim Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2014 sedang menghakimi dan membuat penilaian.
Gambar 3
:
Peserta Pondok Modern Darussalam Gontor Putri (Indonesia)
Gambar 4
:
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)  
Gambar 5
:
 Bagi kategori Jemputan Nusantara, Pondok Modern Darussalam Gontor Putri, Ngawi yang mewakili Indonesia berjaya muncul johan menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang mewakili Malaysia.
Pendebat Terbaik Nusantara
Gambar 6
:
 Urusetia yang terlibat menjayakan Pertandingan Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan Kali Ketujuh 2014


Catat Ulasan

Arkib Blog

Terkini di SOPI